Ok, kali ni saya nak bincang mengenai konsep laman web hak milik kekal dan juga pajakan. Bunyi macam nak beli rumah plak kan? So jom kita tengok apa yang dikatakan sebagai laman web pajakan dan apa pulak jenis hak milik kekal.
Laman Web Jenis Pajakan
Manakala Laman Web jenis Pajakan atau sewa beli ini, anda perlu membayar amount tertentu pada penyedia perkhidmatan, contohnya sebuah syarikat xxxx menawarkan perkhidmatan laman web ecommerce untuk jumlah produk tertentu pada harga Rm 39.00 sebulan atau Rm 468 setahun belum masuk gst. Features yang ditawarkan adalah terhad. Sekiranya anda hendak full features, anda perlu membayar Rm 69.00 sebulan iaitu bersamaan RM 828.00 setahun belum masuk gst. Ini baru pakej sistem belum masuk yuran domain RM 50.00 setahun.
Ada penyedia perkhidmatan yang menawarkan laman web pukul lump sum, iaitu sekitar RM 400.00 “seumur hidup”. Apa pelanggan ramai tidak tahu ialah, pakej sebegini selalunya didatangkan dengan pelbagai limitation. Terdapat banyak features yang disekat, jumlah produk, jumlah page dan jumlah fail yang terhad. Sekiranya seseorang pelanggan nak “upgrade” mereka perlu membayar certain amount yang lebih besar dan secara bulanan atau tahunan.
Kebanyakkan provider sebegini menggunakan sistem khas yang di direka oleh mereka. So sekiranya tetiba anda bercadang untuk sistem lain seperti joomla, drupal, magento atau lain-lain, penggunakan akan mengalami kesukaran disebabkan platform yang berbeza dan tiada “bridge” diatara satu sama lain.
Pengguna juga tidak mempunyai akses kepada kesemua fail2 miliknya yang berada didalam server. Ini bermakna, sekiranya apa apa berlaku, atau pengguna ingin berpindah ke server lain. pengguna tidak mempunyai backup laman webnya sendiri.
Sistem yang dibina khas oleh provider selalunya berkonsep “sumber tertutup”. Ini bermakna, sebarang security patch, security hole, bugs dan sebagainya dikendaklikan sendiri 100% oleh penyedia perkhidmatan. Sekiranya provider tidak alert atau tidak update sistem mereka, akan berlaku kemungkinan laman web yang dibina diatas platform tersebut akan mudah dicerobohi. Insyaallah webmasta akan sentuh bab sumber terbuka ini dalam post yang lain.
Sekalipun kos yang ditawarkan agak tinggi, ia masih mempunyai kelebihan iaitu kebanyakkan sistem yang dibina oleh provider adalah sangat mudah digunakan. Ada yang mampu menyiapkan laman web asas dengan beberapa klik sahaja dan laman web mereka tersedia.
Laman Web Jenis Milikan Sempurna
Laman web Hak Milik Kekal adalah laman web yang dimiliki sepenuhnya oleh kita. Kita hanya perlu membayar “cukai tanah” dan “cukai pintu” iaitu domain dan hosting yang dibayar secara tahunan.
Sesebuah laman web jenis milikan sempurna yang dibina oleh kita tidak mempunyai sekatan jumlah page, jumlah produk, isi kandungan dan features. Selagimana hosting kita mampu menampung, kita boleh masukkan seberapa banyak sekalipun isi kandungan ke dalam laman web tersebut.
Terdapat pelbagai features seperti forum, image gallery, video gallery, mailing list, auto responder dan sebagainya yang boleh dipasang tanpa dikenakan sebarang kos tambahan bagi extension percuma. Sesuatu extension tambahan yang dibeli adalah hak milik selama2nya dan tiada yuran bulanan atau tahunan akan dikenakan.
Kita juga mempunyai akses ke hosting untuk menguruskan fail, image atau database tanpa sekatan.
Selalunya laman web jenis milikan sempurna ini dibina diatas platform open source iaitu sumber terbuka. Ia mempunyai flexibility dimana kita boleh berpindah dari satu cms ke satu cms yang lain. Security update juga dibekalkan dari masa ke semasa bagi mengekang kegiatan hackers dari menceroboh laman web yang dibina diatas core tersebut.
Laman web jenis milikan sempurna tidak memerlukan kita membayar apa apa bayaran tambahan secara bulanan atau tahunan. Kita hanya perlu membayar kos domain dan hosting sahaja iaitu sekitar RM 200 setahun bagi laman web sederhana iaitu kira kira RM 17 sebulan.
Sekalipun ia menjimatkan, membina laman web jenis Hak Milik Sempurna ini agak mahal, Upah membina sebuah laman web biasa sekitar RM 600 – RM 800 ecommerce boleh mencecah RM 1300-RM 1800.00 termasuk domain dan hosting, melainkan anda membinanya sendiri.
Kesimpulan
Dari kedua dua kategori laman web ini, terpulang pada seseorang individu untuk memilih jenis laman webnya. Sekiranya seseorang hanya berhasrat membina laman web ringkas yang tidak mempunyai apa apa features ketara atau, just nak ada laman web, nak cepat dan juga kos bukanlah suatu masalah, boleh cuba dapatkan laman web jenis pajakan ini.
>>Contact your Freelance Web Designer to build your website today!