Google San Francisco

LATAR BELAKANG

Bermula dengan sekadar mengisi masa lapang membina laman web untuk chanel Mirc sekitar tahun 1997 menggunakan perisian Ms Office dan Hosting percuma seperti geocities, anglefire, tripod.com ia kemudian membawa kepada minat yang mendalam terhadap dunia membina laman web. Setelah hampir 10 tahun melalui proses pembelajaran secara tidak formal, mencuba pelbagai platform CMS bermula dari platform mambo kemudian pelbagai jenis versi Joomla! akhirnya bermulalah kerjaya sebagai Freelance Web Developer sekitar tahun 2005/2006 secara tidak rasmi diatas beberapa nama domain. Pada sekitar Ogos 2010, domain sani.my di daftarkan dan kesemua domain dimansuhkan dan menggunakan sani.my sebagai satu satunya laman web rasmi.

Sepanjang kerjaya, saya telah mengikuti dan menguasai pelbagai jenis platform CMS terutamanya Joomla bermula dari Versi 1.0.x yang direlease pada tahun 2005,  kemudian diikuti dengan 1.5.x, 1.6.x, 1.7.x, 2.0.x, 2.5.x, 3.0.x, 3.1.x, 3.2.x, 3.2.x, 3.4.x, 3.5.x, 3.6.x dan terkini pada 2017 Joomla! 3.7.x. Ribuan component, module dan plugin telah digunakan bagi membina ratusan laman web yang menggunakan CMS jenis ini. Selain Joomla!, saya juga menguasai pelbagai platform lain seperti Drupal, Magento, opencart, Wordpress, Dolphin, dan puluhan Blogging Platform/CMS lain. 

PORTAL PEMBELAJARAN ONLINE

Selain dari aktif membina laman web, saya juga kini menyediakan latihan sama ada secara online melalui Portal Pembelajaran Online WEBMASTA.MY: Belajar Cara Bina Website. Di dalam portal tersebut, terdapat puluhan video berkaitan cara membina laman web menggunakan Platform Joomla!, Wordpress, Prestashop dan sebagainya. Juga terdapat video pembelajaran berkaitan dengan cpanel, hosting, facebook ads, google ads dan sebagainya. 

KURSUS / SEMINAR

Selain kursus secara online, kami juga menyediakan kursus kursus kepada badan badan kerajaan, NGOs, Koperasi dan sebagainya.