Blog

Info from Us

Platform Bina Laman Web

Sekiranya anda teliti, terdapat pelbagai platform untuk membina laman web. Setiap platform direka untuk fungsi-fungsi tertentu dan keupayaan tertentu, Saya akan cuba ulas sebahagian kecil platform yang pernah saya gunakan untuk membina laman web

 

Wordpress

Sekiranya anda sekadar ingin membina sebuah laman web basic untuk syarikat anda, anda boleh memilih micro blogging (wordpress) sebagai platform anda. Ini kerana wordpress dikatakan lebih ringan dan mudah tidak terlalu kompleks berbanding cms yang besar.

Namun ia agak kurang baik dari segi security kerana terlalu banyak pluginnya terdedah kepada bahaya pencerobohan. dan plugin yang tidak compatible dengan versi wordpress semasa.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa mengambil berat dan mengemaskini plugin yang outdated, memerhati log security update, file dan folder permission, maka ia bukanlah suatu ancaman yang besar dan dapat ditangani dari kemungkinan laman web diceroboh.

 

Prestashop / OpenCart / Magento

Sekiranya anda hanya ingin membina website ecommerce biasa tanpa sebarang features yang lain, saya cadangkan anda gunakan dua software ini. Ia dibina khusus untuk ecommerce. Terdapat template template premium yang khas dibina.

Walabagaimanapun sepertimana namanya, Prestashop dan OpenCart dibina khas untuk kedai online, oleh yang demikian agak sukar sekiranya anda ingin membina features sampingan yang tiada kaitan dengan cart didalam platform tersebut.

Magento (bukan magneto, magneto tu citer x-man!) merupakan software yang agak famous dan lebih besar berbanding Prestashop dan Opencart. Ia digunakan untuk membangunkan laman web jenis ecommerce. Kebanyakkan laman web yang dibangunkan menggunakan magento diuruskan oleh mereka yang mempunyai kepakaran IT. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri magento agak rumit dan leceh. Ia tidak begitu user friendly, dan kurang stabil. Namun ia menawarkan features ecommerce yang sangat advance sekiranya anda tahu cara mengurus dan menggunakannya.

 

Joomla / Drupal

Joomla dan Drupal adalah CMS (Content Management System) yang mana kedua duanya menerima award diatas keupayaan masing masing. CMS ini mempunyai keupayaan dan flexibility yang sangat hebat sehingga anda dapat membina laman web dari paling asas sehingga menjadi portal yang mengandungi pelbagai sistem.

Terdapat pelbagai sistem dan features tambahan kepada sumber terbuka ini yang dibina dan tersedia sama ada percuma atau komersial. Oleh yang demikian anda tidak perlu merekacipta sesuatu extension khusus sekiranya anda mahukan sesuatu features pada laman web tersebut.

Boleh dikatakan kebanyakkan laman web / portal kerajaan, Universiti dan profesional menggunakan antara dua CMS ini kerana keupayaan untuk dikembangkan disamping kekuatan dari segi security dan flexibility.

Anda boleh menggunakan software ini untuk membina laman web asas, ecommerce, portal, social engine seperti facebook, elearning, website real estate dan sebagainya mengikut kehendak anda.

Secara peribadi, saya lebih cenderung menggunakan Joomla disebabkan flexibility, extension marketnya yang luas dan juga security updatenya yang mantap yang saya kira mengatasi drupal.

 

Kesimpulannya

Sebelum membuat keputusan memilih platform yang ingin digunakan, anda perlu mempertimbangkan jenis laman web yang anda hendak bina dan apa features yang anda perlukan dan apa kemungkinan yang berlaku pada laman web tersebut pada masa hadapan (penambahan features, pengembangan website dsb).

Ini kerana sekalipun terdapat extensions sebagai bridge untuk anda migrate dari satu platform ke platform yang lain, namun begitu ia bukanlah sesuatu yang mudah, terdapat banyak correction yang perlu dilakukan apabila berpindah ke platform yang baru kerana sistem antara platform adalah berbeza.


Terima Kasih

*Catatan: Ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya sekitar sendiri dan mungkin berbeza dengan pandangan yang dipegang oleh web developer yang lain

About Us

Sani.my is company based in Johor Bahru, Malaysia. Start in 2005/2006 and establish in 2010. Offer web design, web developer, ecommerce developer, SEO and online marketing.

FOLLOW US

Latest Post

Get your free quotation today!


Get Quotation