Blog

Info from Us

Apa itu Domain?

Domain ini dalam bahasa senang faham ialah alamat "rumah" anda. Contohnya www.sani.my . Dalam memilih domain haruslah dibuat dengan teliti. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda sebelum anda membeli domain atau "alamat" rumah maya anda. Domain hendaklah dibeli selepas pembelian hosting. Ini kerana terdapat pakej pembelian dimana dengan pembelian hosting anda akan mendapat domain percuma. Oleh yang demikian akan sudah dapat berjimat.Domain ini dalam bahasa senang faham ialah alamat "rumah" anda. Contohnya www.sani.my . Dalam memilih domain haruslah dibuat dengan teliti. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda sebelum anda membeli domain atau "alamat" rumah maya anda. Domain hendaklah dibeli selepas pembelian hosting. Ini kerana terdapat pakej pembelian dimana dengan pembelian hosting anda akan mendapat domain percuma. Oleh yang demikian akan sudah dapat berjimat.

Langkah 1
i) Senaraikan seberapa banyak alamat yang ingin anda gunakan.
ii) Pastikan ia mudah dibaca, Contohnya www.rumahkedai.com .
iii) Elakkan membeli domain yang terlalu panjang. cth: www.rumahkedaisayadibelakangrumahpakman.com
iv) Elakkan mengguna nama yang tidak difahami dan sukar dingat seperti www.34esdcdewfsa33.com .
v) Anda juga boleh menggunakan singkatan yang bersesuaian seperti www.spg4kota.com

Langkah 2
Setelah anda menyenaraikan beberapa domain yang bersesuaian yang ingin anda beli, lakukan semakkan dengan whois. ini kerana alamat atau (url: Uniform Resource Locator) hanya 1 sahaja. contohnya www.webmasta.my hanya terdapat 1 sahaja. tidak mungkin akan ada yang ke 2,3 dan sebagainya. Oleh yang demikian sekiranya anda memilih untuk mendaftar nama www.saya.com dan alamat tersebut telah didaftarkan maka anda terpaksa memilih nama lain atau akhiran kepada alamat anda itu seperti .com .my .net .org ditukar cth: www.saya.my atau www.saya.com.my dan sebagainya. Anda boleh menyemaknya halaman web whois contohnya di www.who.is

Langkah 3
Anda perlu membuat pembelian dengan syarikat hosting dan domain tersebut.
Antara syarikat tempatan yang menyediakan penjualan domain ialah: www.sifuhost.com

About Us

Sani.my is company based in Johor Bahru, Malaysia. Start in 2005/2006 and establish in 2010. Offer web design, web developer, ecommerce developer, SEO and online marketing.

FOLLOW US

Latest Post

Get your free quotation today!


Get Quotation